Friday, June 27, 2008

Tarik keta vs lori balak terbalik

Dah la keta rosak, nak towing lak beratus-ratus nak kena bayar..dengan bonus tahun ni tak dapat..aiya, poning woo..so cara paling ortodoks yang boleh dilakukan ialah tarik keta anda guna tali..memang menjimatkan dengan kos berikut:

Kos tali : RM12.00 sekilo (tali gred A-, tarik lori TATA pon tak putus)
Kos call member : 30 sen seminit bagi pengguna Hotlink
Kos blanja member makan : RM3.00 (nasi ngan ikan goreng sekoq dah la..janji blanja)
Kos tol & minyak keta member : RM30.00
Jumlah kos keseluruhan: RM47.10

Hasilnya, bosan gila dok lam keta yang ditarik dengan radio tak leh bukak (bateri dah flat)


Dalam proses ini, anda dikira malang jika ada lori balak yang terbalik dalam perjalanan anda menarik kereta tersebut. Ini akan mengakibatkan anda lebih bosan dan akan menjadi tumpuan semua pemandu lain ibarat anda sedang memandu jentera F1 dijalan raya (diorang ingat je best, kena kat diorang baru tau). Yang lori balak ni pon satu, takde time lain ke dia nak terbalik, hampeh tul..
Namun begitu, aktiviti ini sebenarnya adalah salah disisi undang-undang jalanraya. Anda digalakkan untuk tidak meniru aksi seperti diatas kecuali anda betul-betul sangap..haha..(nasib baik ari tu takda polis yang tahan gua, slamat beb)

No comments: