Monday, June 30, 2008

Koew Teow + Bihun = Sedappppp...

Ari tu camna ntah tetiba member aku (roman rquelme) ajak pi pekena nasi goreng daging merah kat bawah highway bayan lepas...dia kata sedap sangat, sampai meleleh ayaq liur secawan...aku kalu sebut tentang makan ni pantang skit..musti sampai punya...tapi bila sampai lain pulak yang diorder..mungkin pertanyaan aku untuk order daging merah saja (dia jual pakej rupanya, daging saja tak boleh, musti skali ngan nasi) kat anak pak long tu tak dilayan...terus gua order menu rahsia gua....




Koew Teow + Bihun (Kohun)...baru dia tau..skali pak long tu buat memang sedap...memang rasa kampung abis la Kohun dia...sambil makan sambil layan anak pak long tu plak..woo, bleh tambah lagi 2 pinggan woo...kedai ni kat depan masjid sungai nibong, penang...yang menjadi kemusykilan aku sampai sekarang ialah, aku tak tau nama kedai dia..hahaa...line clear...

Esok tiada lagi minyak...



Minyak naik lagi...tapi kali ni bukan calang-calang naik ni...naik sampai hampir sama dengan rokok SAAT 20s woo...baik minum petrol dari isap rokok...isap rokok kluar asap ja, minum petrol boleh kluar api lagi..hahaaa....

Tapi yg bengang kan apa, minyak naik ja abis la petrol pam malam tu...macam nak pergi tengok Malaysia final ngan Brazil world cup...berpusu-pusu keta...diorang ingat isi minyak malam tu leh tahan setahun ke (tapi kalau keta tak jalan 10 tahun pon tahan bai)...lagi yang aku bengang kan apa...sebab rumah aku blakang Petronas...nak masuk umah kena bratur skali ngan orang nak beli minyak...nasib baik api kemarahan aku tak sampai bakar Petronas tu...(mana leh bakar, umah aku blakang tu ja)..

Friday, June 27, 2008

Tarik keta vs lori balak terbalik

Dah la keta rosak, nak towing lak beratus-ratus nak kena bayar..dengan bonus tahun ni tak dapat..aiya, poning woo..so cara paling ortodoks yang boleh dilakukan ialah tarik keta anda guna tali..memang menjimatkan dengan kos berikut:

Kos tali : RM12.00 sekilo (tali gred A-, tarik lori TATA pon tak putus)
Kos call member : 30 sen seminit bagi pengguna Hotlink
Kos blanja member makan : RM3.00 (nasi ngan ikan goreng sekoq dah la..janji blanja)
Kos tol & minyak keta member : RM30.00
Jumlah kos keseluruhan: RM47.10

Hasilnya, bosan gila dok lam keta yang ditarik dengan radio tak leh bukak (bateri dah flat)


Dalam proses ini, anda dikira malang jika ada lori balak yang terbalik dalam perjalanan anda menarik kereta tersebut. Ini akan mengakibatkan anda lebih bosan dan akan menjadi tumpuan semua pemandu lain ibarat anda sedang memandu jentera F1 dijalan raya (diorang ingat je best, kena kat diorang baru tau). Yang lori balak ni pon satu, takde time lain ke dia nak terbalik, hampeh tul..
Namun begitu, aktiviti ini sebenarnya adalah salah disisi undang-undang jalanraya. Anda digalakkan untuk tidak meniru aksi seperti diatas kecuali anda betul-betul sangap..haha..(nasib baik ari tu takda polis yang tahan gua, slamat beb)