Sunday, October 18, 2009

Sepi...

Langkahkiri dah delete...jadi siaran tertunda lak..

Homey from Ipoh pon macam nak masuk bertapa coz tak puas hati pada teman serenang dia..tahun depan baru nak buat kemunculan kembali..

Aku setahun 2-3 kali baru update..

Nampaknya semakin ramai yg sudah mula menjauhkan diri dari sini..

New wave?

Facebook?

Wednesday, April 1, 2009

Si Bongkok Tanjung Puteri..


Teater Si Bongkok Tanjung Puteri..

Teater pertama yang aku pergi..

Rekod...

Sebelum ni tak pernah jejak kaki dalam kawasan teater..

Respek...

Diorang boleh hafal dialog panjang menjela. Siap dengan pantun lak tu. Hebat...

Lenguh...

Tak dak kerusi. Besa la, teater cap ayam. Pakat besila atas lantai ja. Tu pon kena bayaq 4 ringgit nak masuk.

Ok la...

Untuk yang baru nak jadi amatur, kira ok la lakonan dalam teater ni..

Yang tak best..

Abis teater, pi pekena tomyam. Tobat tak pi dah kedai tu, mahal..cam ^&%$#*....

Thursday, March 19, 2009

Jebon...

dulu, aku rajin gak ikut Pak Saad mancing ikan kat ban (tali air) blakang umah aku..mancing ikan puyu ja..sangkut cacing atau blalang kat mata kail, lempaq masuk air..

ada sekali tu...kebushhhh...menatang apa ntah yang terjun tiruk masuk air...tetiba menatang tu kluar pelan-pelan dari air dan naik balik atas batas ban...cukup cepat, lagi laju dari sprintest 400m yang aku slalu pi tengok...terus hilang dari pandangan..

aku pandang Pak Saad..dia lepak buat dono ja...masa tu aku punya darah gemuruh dah naik, besa la budak-budak (sampai sekarang ada lagi, hahaa)..aku bangun jalan rapat sikit dengan Pak Saad..

Terus Pak Saad bersuara "takan Jebon pon takut kot, dia tak buat pa aih"...

Jebon!...ooo, camni la rupa Jebon yang slalu bini Pak Saad dok gempaq aku masa kecik-kecik..takde la besaq cam aku dok bayang selama ni...

Selama ni aku ditipu rupanya..(jangan pecaya ngan filem Jebon, itu bukan Jebon sebenar)


Kecik ja Jebon ni, lebih kurang besaq musang ja..

Friday, March 6, 2009

Sekilo 2 ringgit...sekilo 2 ringgit...

Dulu, setiap hari sabtu Pak Saad akan bawak aku pi jual buah kat pasar malam..walaupun masa tu aku baru darjah 5..tapi aku tak la jual sampai malam, jam 8.00 malam Pak Saad dah suruh aku balik, budak lagi, besa la..

Aktiviti ini berterusan sampai aku umur 18 taun..kalau member ajak kluar, kena tunggu sampai jam 10.30 malam..abis pasar malam baru kluar..

Tapi sejak pekan lama ditutup dan pekan baru yang agak berjauhan dengan rumah, Pak Saad dah tak jual buah lagi..Pak Saad jual kuih plak pepagi..tapi skill Pak Saad menjual buah telah diturunkan kepada anak dia yang nombor 3..

Aku plak kekadang tolong gak anak Pak Saad jual buah kat pasar malam setiap hari sabtu..tapi sekarang dah tak boleh, tuntutan kerja yang tak mengizinkan..

Sekarang ni kalau pegi pasar malam tengok orang meniaga, aku hanya tersenyum..those were the days..


Thursday, February 5, 2009

workaholic

Definitions of workaholic on the Web (Google):
- person with a compulsive need to work
- somebody who displays a compulsive need to work hard, usually for very long hours

Workaholic=stress
Betul ke? tapi huraian stres Homey from Ipoh memang slumber..

apa pun, nampak macam aku dah nak terjun ke lembah ini..tapi aku masih bersuka ria di hujung minggu..tapi itu bukan workdays..

hari ni balik jam 10 malam lagi..damn, mana hidup aku pergi sepanjang minggu kerja???

setiap hari balik jam 10..workaholic atau tuntutan kerja..damn again..aku tak tahu nak beza dua ni..