Thursday, October 20, 2011

Maaf...

Macha..dulu dah cakap..tak jalan pon..
Sory bro..
Lu macam tu la..cakap tak serupa bikin..
Rileks bro..hehe..

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan..

Ramadhan datang lagi...rasanya baru ja aku tulis pasal Ramadhan kat sini...oh, cepat sungguh masa berlalu..

Cakap Ramadhan ja..bukan ingat bulan kemaafan, keinsafan atau tarawih, yang paling ingat ialah makan...ya la, posa kan..

Mai petang ja, mula la otak dok jalan..nak makan apa petang ni..nak pi pasar ramadhan mana satgi..ayam golek mana yang sedap..kat situ ada ayaq buah best..macam-macam..

Aku! macam besa...sama ja macam tahun lepas jugak...dekat jam 6 petang pon masih kat opis lagi..serrr...

Tapi tahun ni aku tak mau tunggu sampai dekat nak azan baru balik...aku nak balik awai...nak jugak pi cari makanan best-best kat pasar Ramadhan (sambil usya awek seksi pakai ketat-ketat..tak penah insaf depa ni..adoi, kurang posa aku hari ni)..

Cargas..mau cari MURTABAK...



Thursday, July 28, 2011

Munajat Cinta

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah
Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya
Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus
..oleh Ahmad Dhani, The Rock

Wednesday, July 27, 2011

Sangkaan..


Hidup ini penuh dengan sangkaan..bukan keputusan yang dicari...tetapi sangkaan yang dibuat dan dicari..

Bila sembang ja..mulalah sangkaan bermain di minda..itu sepatutnya macam tu, sepatutnya macam ni..tapi jawapan pastinya tiada..yelah, nama pong sangkaan...serrr..

Jadi janganlah bermain dengan sangkaan. Kalau jawapan yang dicari, pergilah carinya pada sumber yang berkenaan..kerana hati akan berasa lega bila jawapan sudah diketahui...hilanglah stress anda juga..

...janganlah bermain dengan perkataan SANGKAAN..tetapi berjinaklah dengan perkataan JAWAPAN..

Fakta Budak Gemuk...

1. Budak Gemuk selalu lapaq awai...
2. Budak Gemuk tak suka pakai cincin..
3. Budak Gemuk senang tidoq awai..
4. Budak Gemuk senang sangat berpeluh..
5. Budak Gemuk tak suka makan sikit..
6. Budak Gemuk suka pakai earphone..
7. Budak Gemuk .................

Wednesday, July 20, 2011

Kena lagi...

Aiseh...tak insaf lagi rupanya...

Kata dulu nak merapu selalu...tapi dok macam tu jugak...macam mana nak ada follower camni, kalau orang masuk asyik tengok benda sama ja...

Nak tulis macam benda...bila banyak sangat benda nak tulis tu jadi tak tullis-tulis...serrrr...

Takpa, semangat baru dok mai dah (ayat sama cam mula tulis balik..serrr)...hahaha...

Kali ni kita tengok berapa lama pulak boleh bertahan...jangan sampai ada geng BERSIH 2.15 mai buat demonstrasi kat sini pulak sudah...aku takdak tin asap nak baling...hohoo....

Tuesday, April 19, 2011

Cargas...

ber..dh dekat ni..

tahu, lepak la..dekat 2 minggu lagi..jangan excited sangat..

mana boleh..gua teringin lama dah..

rileks..

Tuesday, April 12, 2011

Hobi..

Untuk apa orang mencari/mempunyai hobi...sudah tentu untuk mengisi masa...

Bagaimana orang yang tak tahu macam mana nak menghabiskan masanya...dia perlu mencari hobi..

Hobi yang sesuai dan tidak mengeluarkan kertas dari dompet...hmm...di dunia yang mainannya semua memerlukan kertas berwarna...pasti sukar..

Hobi terbaik...tidurr..........pasti buang masa...gracias..


Wednesday, March 23, 2011

Filem...

Filem akan membuatkan kita ketawa, sedih, bosan dan bermacam perasaan lagi seperti yang ada dalam kamus dewan. Filem apakah yang baik bagi anda:
a) ada heroin/hero kegemaran anda?
b) boleh buat anda ketawa/sedih?
c) simatografi yang cantik/runut bunyi yang bagus?

Terlalu subjektif. Kalau nak jawab soalan di atas, semua orang ada pendapat dan pemahaman masing-masing. Pengarah ni akan kata camni, pelakon ni akan kata camtu..blaa blaa blaa...subjektif seperti melihat lukisan yang ada satu garis sahaja tetapi pelukisnya boleh menghuraikan lukisan tersebut sampai 5 batang rokok..

Filem yang baik dan berjaya adalah filem yang berjaya membawa perasaan penonton itu ke dalam filem tersebut. Atau seolah-oleh kita turut berada sama di dalam jalan cerita filem tersebut..jika lawak kita akan ketawa dan jika sedih kita akan mengalirkan air mata..ianya ibarat kita turut menyelami galur cerita itu..

Bukan cerita yang bila lawak atau sedih, tiada perasaan yang terpancar..sekata..otot muka pon tak bergerak (kalau tidor tu paham-paham je la)...

Masih subjektif. Ikut selera dan ikut orang. Senang cerita..hahaha...jom tengok wayang (or download kat internet ja)...chioss..

Wednesday, March 2, 2011

Botak...


Botak..sesuatu yang unik dengan pelbagai cerita disebaliknya...

ada orang...
memang dilahirkan rambut susah untuk naik, maka keputusannya dibotakkan kepala

ada orang..
kepalanya ada penyakit, rambut tak tumbuh, maka botaklah dia

ada orang..
bila botak bertambah smart dan macho, maka dibotakkan kepalanya

ada orang..
malas sikat rambut, maka dibotakkan kepalanya

ada orang..
dah bernazar, maka dibotakkan kepalanya

ada orang..
tiada sebab, suka-suka untuk botak, maka dibotakkan kepalanya

walau apa cerita disebaliknya..perlu keberanian dan betul-betul menguji tahap kendiri seseorang itu dengan 'botak'...adakah anda berani?

Thursday, January 27, 2011

Dulu Sekarang - part 1

Dulu..

Emak: Mak bagi tiga kupang tadi, hang makan apa kat skolah?

Anak: Adik makan mee ngan kuah laksa, pastu ayaq oren secawan. Sedap kuah laksa dia..

Emak: Hmm, makan tadi baca bismillah tak?

Anak: senyum.....

Sekarang..

Emak: Mak bagi tiga kupang tadi, hang makan apa kat skolah?

Anak: Tak makan apa pon mak, minum susu RMT yang dapat kemarin ja..

Emak: La, hang buat apa ngan duit mak bagi tu?

Anak: Masuk tandas tadi pon dah kena bayaq tiga kupang, belum nak beli makan lagi tu..

Emak: .........