Monday, September 29, 2008

Selamat hari raya..

Hari ni isnin..lagi 2 hari nak raya..tapi aku masih kat ofis sampai saat ni..

Petang ni member lama ajak bukak posa kat hotel lak. Abis la aku. Walaupon makan sendiri-sendiri yang bayar, tapi lekeh pon maunya gocap (rm50) ke atas.

Ari ahad naik keta pegi Bagan. Dengan harapan untuk ganti radio keta yang kena curi 2 bulan lepas. Baru jalan 10 kilo, gear dah menimbulkan hal, terus patah balik umah. Nampak gaya nak kena masuk workshop pebetoi gearbox plak.

Tengahari tadi cadang nak pegi bayaq saman. Konon nak tunjuk kata warganegara yang baik. Sekali hujan rahmat lak ari ni. Pagi sampai petang dok gelap n hujan sekat-sekat.

Nampak gaya cam Hari Raya yang suram ja tahun ni. Apapon kepada semua aku ucapkan....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

No comments: