Monday, September 29, 2008

Selamat hari raya..

Hari ni isnin..lagi 2 hari nak raya..tapi aku masih kat ofis sampai saat ni..

Petang ni member lama ajak bukak posa kat hotel lak. Abis la aku. Walaupon makan sendiri-sendiri yang bayar, tapi lekeh pon maunya gocap (rm50) ke atas.

Ari ahad naik keta pegi Bagan. Dengan harapan untuk ganti radio keta yang kena curi 2 bulan lepas. Baru jalan 10 kilo, gear dah menimbulkan hal, terus patah balik umah. Nampak gaya nak kena masuk workshop pebetoi gearbox plak.

Tengahari tadi cadang nak pegi bayaq saman. Konon nak tunjuk kata warganegara yang baik. Sekali hujan rahmat lak ari ni. Pagi sampai petang dok gelap n hujan sekat-sekat.

Nampak gaya cam Hari Raya yang suram ja tahun ni. Apapon kepada semua aku ucapkan....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Saturday, September 20, 2008

Petang ni..

ermm...nak makan apa petang ni..kat umah mak masak sup daging..kena pada waktunya di masa aku tengah selsema camni..

tinggal lagi 3 pasar ramadhan ja yang aku belum pegi lagi kot kawasan aku ni..petang ni cargas lagi satu tempat..tinggai lagi 2..

16 Sept dah lepas...apa pon tarak...drama masih berjalan...jgn jadi cam Sembilu Kasih dah, lapan tahun pon tak abis lagi drama tu (tapi aku rasa dah tamat kot)...aku bukan fanatik tv...cuma bila bukak ja asyik drama tu ja..sampret tul..

lagi soploh hari nak raya...gaji blum masuk..tidakkkkkk......

Friday, September 5, 2008

yang menarik.!

Bila tiba bulan posa, ada beberapa perkara yang menarik boleh dilihat dan dipandang dan diusya di pasar ramadhan. Contohnya:
  • ada macam-macam jenis color air. kalu biasa ada ayaq tebu, soya n sirap ja. kali ni ada air kaler kuning ada, ijau muda, ijau tua, coklat, ungu, pekdek kata suma kaler cam dalam kotal pensil kaler Steadler tu la.
  • gadis-gadis makin seksi. betul cakap aku. baju ketat ngan seluar jean tu kira standard la. diorang ni tak posa kot. mungkin.
  • kalu ada soploh peniaga yang jual murtabak, kesemua murtabak diorang takan mempunyai saiz dan rasa yang sama. Kalu tak percaya korang leh beli dan rasa satu-satu pas ni. memang lain.
  • akan ada makanan yang hanya keluar (dijual) di pasar ramadhan saja. time pasar malam besa mmg takdak.
  • semakin hampir dengan tarikh hari raya, makanan yang dijual akan semakin cepat habis. Sebab? semua orang pakat dok sibuk shopping ngan dok buat kuih raya, so takdak masa nak buat berbuka. Beli ja la, kan senang.

merdeka di bulan posa

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubharak

Selamat Mengerjakan Solat Tarawih (amat mencabar di kalangan golongan muda mudi kini, tambah2 bila nak dekat raya besok, time malam la semua pakat nak pegi shopping, so takde tarawih la malam tu)